Perkara berkaitan dengan mendapat jodoh pada masa hadapan adalah termasuk satu perkara ghaib yang tidak diketahui oleh manusia..Ia hanya diketahui oleh Allah SWT. Demikian juga, perkara yang boleh memberikan kesan secara ghaib samada membawa kebaikan atau kejahatan. Ia juga adalah termasuk dalam unsur ghaib. Maka Nabi SAW tidak membenarkan kita untuk meyakini apa jua ramalan ghaib dari para bomoh dengan sabdanya : " Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung, lalu mempercayai (ramalannya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.
Maka Nabi SAW tidak membenarkan kita untuk meyakini apa jua ramalan ghaib dari para bomoh dengan sabdanya : " Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung, lalu mempercayai (ramalannya) maka ia telah kufur dengan apa yang diturunkan kepada Nabi Muhammad"
Nabi juga menyebut tentang hal orang yang mengaitkan sesuatu sial atau bencana dengan sesuatu perkara " At-Tiyaratu Syirkun" (ertinya : Seungguhnya mempercayai sial itu adalah syirik)
Dr Yusof al-Qaradawi mengatakan bahawa hadith termasuklah menganggap sial pada binatanag, tempat atau masa. (al-Halal wal Haram fil islam). binatanag, tempat atau masa. (al-Halal wal Haram fil islam). Maka termasuklah juga menganggap 'barakah' atau membawa 'kebaikan" secara magik apabila membuat sesuatu perkara, pada satu masa atau pada satu tempat, KECUALI APABILA TERDAPAT nas sohih yang menyebut tentang kehebatan atau kelebeihan tempat atau benda itu. sepeti Mekah, hajarul Aswad dan lain-lain. Maka tiada nas atau dalil dari al-Quran dan Al-Hadith yang menyebet tentang istimewanya air kolah dari 7 masjid kepada jodoh seseorang. Jelasnya ia adalah satu perkara yang amat bertentnag dengan Islam.
Apa yang perlu anda lakukan untuk bertemu jodoh, hanyalah dengan berdoa kepada Allah SWT agar dipermudahkan mendapat jodoh. Jika ingin mendapat jodoh yang baik, menurut al-Quran, anda juga mesti baik..berdalil ayat Al-Quran
ertinya " Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat...dan lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik...." (An-Nur : 26)
juga firman Allah dalam surah an-nur ayat 3.
Ertinya : Penzina lelaki tiada akan berkahwin kecuali dgn penzina wanita atau orang kafir.."
.
1 comments:
tak perlulah mandi 7 kolah atau mandi bunga, Jodoh tu kan di tangan Tuhan. Artikel ini memberi peringatan kepada kita agar tidak terjerumus ke arah benda-benda yang syirik..beringat-ingat lah selalu..
Post a Comment