BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 14, 2009

My Blog's Concept

Assalamualaikum W.B.T...

Syukur ke hadrat Ilahi, walaupun dalam kekangan masa, akhirnya saya berjaya juga membina blog sendiri walaupun tidak seberapa. Syukran jazilan kathiran diucapkan kepada kepada sahabat-sahabat seperjuangan kerana banyak membantu ana dalam usaha menyiapkan blog ini. Tidak dilupakan juga ucapan ribuan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Zilkuple bin Abd Ghani kerana memberi peluang kepada saya untuk membina blog sendiri sebagai salah satu mekanisme dalam berdakwah melalui alam maya.

Saya bukanlah seorang blogger. Dahulunya saya tidak berminat untuk membina blog sendiri tetapi suka membaca blog-blog terkini. Namun selepas Berjaya membina blog ini, timbul rasa seronok untuk berkarya dipentas maya ini.

Mungkin agak banyak kelemahan dan kekurangan yang boleh dikritik. Saya mengkonsepkan blog ini sebagai 'MUSLIMAH SAYAP KIRI PERJUANGAN' kerana memahami peranan muslimah abad ini serta faktor-faktor kejayaan insan bernama lelaki atau muslim, pasti terselit dorongan serta sokongan dari wanita atau muslimah dalam sama-sama membantu memperjuangkan kebenaran serta meninggikan kalimah Allah di dunia ini.

SALAM SATU MALAYSIA

AL- QURAN DIDAHULUKAN

AS SUNNAH DI UTAMAKAN

Monday, October 12, 2009

Tujuan sistem politik Islam

Sistem Politik Islam mempunyai tujuan yang murni dan tinggi. Yang terpentingnya adalah seperti berikut:

1. Menegakkan agama dan merealisasikan perhambaan kepada Allah Tuhan semesta alam

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara agama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian agama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya”. Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima agama tauhid itu, dan memberi hidayah petunjuk kepada agamaNya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).”
(Surah al-Syura: 13)

Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”
(Surah al-Hajj: 41)

Sistem Politik Islam juga untuk menyebar risalah Islam di atas muka bumi ini dengan menggunakan pelbagai cara yang dibenarkan dan dengan kadar yang termampu.
Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu).”
(Surah Saba’: 28)


2. Menegakkan keadilan

Tujuan politik Islam adalah untuk merealisasikan keadilan dengan seluas-luasnya dan dalam berbagai lapangan sama ada kemasyarakatan , kehakiman, pentadbiran dan pengurusan, politik serta hubungan antarabangsa. Ini termasuklah perlindungan hak-hak, memelihara kebebasan dan persamaan.

Menegakkan Negara Islam ataupun masyarakat Islam itu bukan merupakan tujuan itu sendiri. Tujuannya adalah untuk mewujudkan satu umat yang berdiri di atas kebaikan dan keadilan, iaitu umat yang mampu membenarkan yang benar dan mampu membatil yang batil. Melindungi orang ramai daripada kezaliman serta menegakkan keadilan di atas muka bumi ini merupakan tujuan yang ingin dicapai oleh risalah Islam dari segi kemasyarakatan. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.”
(Surah Ali ‘Imran: 110)

Negara Islam merupakan satu mekanisme politik ke arah merealisasikan cita-cita yang tinggi ini. Negara Islam juga menjadikan Syariah Islam sebagai undang-undang yang memanyungi hal ehwal kehidupan rakyat, supaya kebenaran, kebaiakn dan keadilan terus dapat didaulatkan. Negara Islam juga mengatur segala hubungan kemasyarakatan dan ekonomi dengan satu cara yang membolehkan setiap individu memelihara kebebasan, keamanan serta kemuliannya.


3. Memperbaiki keadaan manusia

Hukum Islam tidak hanya terbatas kepada hudud sahaja atau semata-mata adanya kepimpinan yang membawa kepada penyatuan orang Islam sahaja, tetapi ia bertanggungjawab dalam memperbaiki keadaan manusia sama ada dalam bidang ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan, penerangan, pendidikan, pertahanan dan rekaan. Semua ini dilakukan seiring dengan reformasi politik. Inilah yang dimaksudkan dengan risalah reformasi Islam.

Tujuan tertinggi perundangan Islam adalah untuk mereformasikan perkara-perkara halal dan haram. Allah menurunkan syariah bukan dengan tujuan lain, melainkan kesemuanya bertujuan untuk memberi kebaikan, hidayah dan kesenangan kepada manusia dan membuang kesusahan daripada mereka.

Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: “Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. Dan Allah hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan) menerima taubat kamu, sedang orang-orang (yang fasik) yang menurut keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh Allah itu) hendak mendorong kamu supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan penyelewengan yang besar bahayanya. Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.”
(Surah an-Nisa’: 26-28)

Negara Islam dengan sistem politiknya juga bertujuan untuk memakmurkan bumi ini serta memberikan cara hidup yang mulia kepada semua rakyatnya, di samping memberi peluang yang sama rata dan adil dalam membahagi-bahagikan kekayaan Negara. Firman Allah S.W.T.:

Maksudnya: Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan). (Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).


Jika benar-benar sistem politik Islam dan undang-undang ini diamalkan, maka akan dapati sistem politik ini mempunyai tiga tujuan iaitu: Menyekat kerosakan, menarik kebaikan dan bergerak di atas landasan “makrim al-akhlaq” iaitu budi pekerti yang mulia. Jadi dengan menegakkan sistem politik Islam dan syariah Allah, ketiga-tiga tujuan di atas akan dapat direalisasikan dan akan membawa kebaikan kepada seluruh manusia.

ISU NEGARA ISLAM : CETUS KRISIS KEMANUSIAAN - STRATEGI ISRAEL HAPUSKAN PALESTIN



Kemelut kemanusiaan di Semenanjung Gaza dilihat semakin rumit serta menyebabkan krisis kemanusiaan terbesar dalam sejarah dunia abad ke 21. Dilema politik yang disebabkan oleh pertembungan tiga penjuru di antara Israel dengan pejuang politik Palestin iaitu Fatah dan Hamas telah menyebabkan krisis politik mulai merebak kepada krisis kemanusiaan. Sebagaimana maklum, krisis kemanusiaan Palestin telah sekian lama bertapak sejak penubuhan Israel pada 11 Mei 1948. Sejak itu, Palestin semakin hari semakin lenyap dijajah Israel secara kekerasan dan merebaklah krisis kemanusiaan yang mutlak.

Pertembungan politik Fatah-Hamas telah menyebabkan perpecahan Palestin kepada dua wilayah dengan dua pemerintah berbeza, iaitu Fatah mentadbir Tebing Barat dan Hamas pula mendominasi Semenanjung Gaza. Ini memecahkan negara Palestin yang dahulunya bersatu walaupun terpisah kewilayahannya.

Peristiwa pemencilan Gaza dengan melakukan penutupan sempadan serta menghalang pergerakan logistik sama ada makanan mahu pun perubatan dan keperluan seharian lainnya, termasuk pemotongan bahan bakar dan bekalan elektrik dilihat sebagai satu cubaan yang bukan hanya bertujuan melemahkan Hamas yang menduduki Gaza, sebaliknya menggunakan alasan peminggiran Hamas, penghapusan secara bersistematik terhadap umat Palestin semakin terang-terangan dilakukan oleh rejim Zionis. Krisis politik Palestin yang turut diambil kesempatan oleh Tel Aviv telah merebakkan krisis kemanusiaan terbesar di dunia abad ke-21.

Kekejaman pihak pemerintah Israel mampu dilihat menerusi keputusan Mahkamah Tinggi Israel pada 30 Januari 2008 dengan menolak petisyen yang dikemukakan oleh 10 kumpulan hak asasi manusia yang mendesak agar tindakan kejam pihak rejim Zionis ke atas umat Palestin di Gaza dengan melakukan pemencilan serta pemotongan bekalan elektrik dan minyak ke kawasan berpopulasi 1.5 juta tersebut adalah satu keputusan yang jelas melanggar prinsip kemanusiaan.

Kini, Israel menggunakan teknik melakukan pembunuhan bersistematik menggunakan kaedah perebakan krisis kemanusiaan sebagai agen senyap menghapuskan populasi Palestin. Dengan berlakunya krisis kemanusiaan, maka umat Palestin pastinya ada yang mati kebuluran sera diancam wabak dan penyakit serta generasi baru yang lahir pasti akan mengalami guagatan kesihatan yang nyata akibat kekurangan zat makanan serta kurangnya perkhidmatan kesihatan yang berkualiti.

Ap yang berlaku di Gaza kini harus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa, iaitu satu langkah konkrit perlu diambil dan bersifat segera bagi mendamaikan entiti politik Palestin serta meneruskan agenda perdamaian seperti yang diusahakan Riyadh agar Israel tidak sewenangnya bebas mengambil kesempatan ke atas dilema politik umat Palestin tersebut. Jika tindakan segera tidak diambil, maka dikhuatiri bukan sahaja Gaza yang akan mengalami krisis kemanusiaan terbesar, namun, nasib Palestin itu sendiri untuk mencapai kedaulatan sebuah negara merdeka dan bebas mungkin akan hanya tinggal sejarah.

KE ARAH KECEMERLANGAN KEPIMPINAN MAHASISWA ISLAM



Kecemerlangan (excellence) merupakan suatu aras pencapaian khidmat, kualiti pengeluaran dan sebagainya yang mencecah piawaian tertentu, samada kepuasan pelanggan, pengikut, orang ramai, rakan sekerja, mahupun majikan. Kecemerlangan selalunya dihubungkaitkan dengan nilai-nilai atau traits keperibadian tertentu, atau malah mutu perlaksanaan kerja tertentu yang terbaik dan memuaskan Allah atau manusia pada masa yang tertentu. Pendekata ia merangkumi sejumlah ciri-ciri keunggulan yang mampu dimiliki oleh seseorang, kumpulan atau organisasi. Semua orang ingin memiliki sesuatu yang dapat dibanggakan. Mereka ingin menjadi unggul dalam serba-serbi. Manusia memang makhluk yang ingin mencapai self-actualisation membuktikan kewujudan diri). Ia mahu mendapatkan satu macam kepuasan batin dan penerimaan masyarakat terhadap dirinya.

Di antara yang dicita-citakan oleh manusia ialah suatu keperibadian yang terbaik, terpuji, sempurna dan cemerlang bagi dirinya sendiri. Mereka merasakan keperibadian yang baik dapat membekalkan diri mereka dengan persyaratan-persyaratan kejayaan dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam hidup. Peribadi menentukan nilai diri. Ia lebih penting daripada keturunan, pangkat, dan harta benda. Manusia disanjung lantaran peribadinya yang mulia dan cemerlang bukannya kerana pangkat atau keturunannya semata-mata.

Kecemerlangan, jika dihubungkaitkan dengan kepirnpinan mahasiswa, ia bermakna wujudnya beberapa ‘figure’ pemimpin dan kualiti kepimpinan organisasi mahasiswa yang mampu mencapai serta memenuhi piawai atau standard yang terbaik dan memuaskan para pengikut atau malah umat yang menyaksikan agenda bertindak dan operasi organisasi yang berkenaan.

Ada beberapa faktor yang menentukan kecemerlangan kepimpinan mahasiswa. Fakto-faktor tersebut antara lain ialah:

1. Dasar perjuangan yang diredhai Allah

Dasar perjuangan mahasiswa mestilah berlandaskan nilai-nilai Islam Mahasiswa sebagai kumpulan manusia berilmu dan sentiasa mencari ilmu perlu mendampingkan keilmuan mereka dengan irnan, Islarn dan ihsan. Mereka perlu konsisten memperjuangkan Islam serta mendukung kepimpinan Islam yang menyanjung kepimpinan para pewaris nabi atau para alim ulama'.

Allah berfirman
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah lwn mengkhianati ALlah, Rasul dan apa yang telah diamanahkan kepada kamu; padahal kamu mengetahuinya"
(Surah al-Anfal: ayat 27)

2. Strategi operasi serta gerak kerja yang berkesan.


Perlaksanaan gerak kerja berharakah memerlukan strategi bertindak yang rapi dan teratur Tanpa strategi yang sesuai dengan fiqh al-Muwazanat serta fiqh al-Awlawiyat maka organisasi mahasiswa sukar meraih kecemerlangan seperti yang diidamkan.

Fiqh al-Muwazanat bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih penting diutamakan antara sekian banyak (Masaleh) maslahah (kepentingan), dari sudut kadarnya, pengaruhnya, skop liputannya serta jangka hayatnya

Ia juga bermakna keupayaan untuk menilai mana yang lebih buruk padahnya dari sekian banyak keburukan yang ada, mana yang paling mustahak dihindari terlebih dahulu dan mana pula yang boleh dibiarkan seketika. Ia juga bermakna keupayaan membuat tarjihat antara maslahah dan mafsadah apabila kedua-duanya tampil serentak dalam sesuatu isu atau persoalan. Sehinggalah dapat dibuat kesimpulan yang tepat samada diutamakan menghindari mafsadah dari meraih maslahah atau sebaliknya diutamakan meraih maslahah dengan menanggong sedikit kesan dari mafsadah yang berkaitan.

Fiqh al-Aulawiyat bermakna meletakkan sesuatu pada kadar martabatnya. Apa yang patut didahulukan tidak ditangguhkan. Manakala yang patut ditangguhkan tidak didahulukan. Yang besar tidak dianggap kecil, begitu juga sebaliknya.

Amal salih menurut al-Qur'an mempunyai martabat masing-masing. Nilainya tidak semestinya sama. Golongan pemimpin mestilah peka terhadap hal ini.
ALlah berfirman:

"Adakah kalian menyamatarakan (nilai kebaikan) antara orang yang memberi minum orang-orang haji serta memakrnurkan Masjid al-Haram dengan orang-orang yang beriman dengan ALlah, hari akhirat dan mereka berjihad di jaian ALlah. (Sesungguhnya) tidak sama (nilai antara keduanya) di sisi ALlah. ALlah tidak memberi petunjuk terhadap kaurn yang zalirn. Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad di jalan ALlah dengan harta dan nyawa mereka di sisi ALlah lebih tinggi darjat mereka dari orang lain. Mereka itulah orang-orang yang berjaya"
(Surah at-Taubah: ayat 19 - 20)

3. Struktur organisasi serta memiliki perlembagaan yang baik

Kejayaan sesuatu organisasi,banyak bergantung kepada strukturnya yang baik. Perkara seperti ini diatur oleh perlembagaannya yang komprehensif di mana agihan kuasa antara lembaga-lembaga yang ada diwujudkan secara yang terbaik. Tidak terjadi perkara-perkara yang menghalang kerja-kerja organisasi.

Perlembagaannya tidak memungkinkan penyelewengan secara berleluasa Mekanisme untuk memperbaiki kelemahan organisasi sentiasa terbuka.

4. Figure kepimpinan yang cekap serta berketrampilan

Kepimpinan yang terlatih dan berpengalaman dalam menghadapi politik kampus sudah pasti akan lebih berjaya dari kepimpinan yang mentah dan kurang berpengalaman. Lebih jauh kepimpinan yang mempunyai bebagai kemahiran sudah pasti akan menempa kejayaan yang lebih cemerlang.
Selain daripada beberapa sifat di atas, kepimpinan mahasiswa hendaklah mempunyai ketrampilannya menggarapi aspek-aspek berikut:

a) wawasan politik yang jelas

Kepimpinan di kampus adalah anak tangga untuk kepimpinan di peringkat yang lebih tinggi. Wawasan politik yang benar seharusnya telah ditemui dan diyakini dari peringkat kampus lagi sehingga ianya semakin kukuh dan bercambah di peringkat nasional dan antarabangsa. Sekiranya perkara ini masih kabur dan tidak mantap di peringkat mahasiswa lagi maka kelewatan menemui wawasan politik Islam yang sebenar merupakan titik kelemahan yang ketara

b) ketrampilan berkomunikasi, mampu menguasai pelbagai bahasa

Kelompok mahasiswa yang dipimpin kini bukan hanya suatu bangsa. Oleh kerana itu para pimpinan organisasi mahasiswa masa kini perlu menguasai bahasa lingua franca; samada Bahasa Inggeris ataupun Bahasa Arab, selain daripada bahasa ibundanya. Mereka perlu cemerlang dalam penguasaan mereka terhadap bahasa-bahasa ini. Dengan penguasaan yang cemerlang mereka berupaya menyampaikan mesej secara lebih berkesan dan convincing.

c) ketrampilan moniver

Pimpinan organisasi mahasiswa perlu memiliki kemahiran merentasi halangan cita-cita organisasi. Mereka mustahak menguasai seni mengemudikan konflik untuk mencapai tahap perlaksanaan yang lebih tinggi dan maju. Mereka perlu berupaya meraih kemenangan melalui laluan sukar dan halangan yang getir.

d) memiliki keperibadian Islam yang baik

Pimpinan mahasiswa Islam yang baik ialah yang mempunyai ciri-ciri ketaqwaan seperti yang diperincikan oleh Al-Qur'an.

5. Aktivis yang gigih, kreatif serta inovatif

Pemimpin mahasiswa tidak lahir dari kekosongan. Ia lahir dari kalangan massa mahasiswa sendiri. Ia (pemimpin) mencerminkan nilai atau kualiti keunggulan mahasiswa itu sendiri. Pemimpin yang cemerlang lahir dari lautan siswa yang cemerlang, gigih, kreatif dan inovatif. Kejayaan pemimpin bukan mutlak daripada pemimpin tetapi juga kerana adanya kerjasama, sokongan dan sikap kesetiaan terhadap jamaah dan sikap ingin melihat jamaah berjaya.

Hubungan timbal balik yang positif antara pemimpin yang baik dengan para pengikut yang gigih sudah pasti menghasilkan peningkatan dalam mutu kerja aras pencapaian organisasi.

6. Kelengkapan teknologi yang berkesan

Untuk membayangkan organisasi mahasiswa lengkap dan penuh sarat dengan peralatan teknologi canggih seperti yang dimiliki oleh sektor korporat atau awam yang advance sudah pasti suatu igauan yang indah. Apa yang dimaksudkan ialah, organisasi mahasiswa mempunyai peralatan teknologi yang minima untuk membantunya beroperasi secara berkesan. Sekurang-kurangnya alat komputer, mesin cetak, faks, telefon dan lain-lain yang setaraf dengan tuntutan zaman kini. Kekurangan yang terlalu menjolok dalam hal ini menjauhkan organisasi berkenaan dari tahap cemerlang.

7. Program perkaderan (leadership program) yang berkesan

Suatu mekanisme yang penting dalam memastikan kesinambungan wawasan kepimpinan pelajar dan mahasiswa Islam ialah wujudnya sistem perkaderan yang baik untuk menampilkan pemimpin pelapis yang berwibawa. Pemimpin yang berfikiran kreatif, setia dengan prinsip dan dasar organisasi.

Organisasi mahasiswa yang cemerlang adalah organisasi yang mampu menyediakan golongan pelapis yang competent untuk menggarap cabaran zamannya dan zaman-zaman yang akan datang. Mereka harus berupaya menampilkan golongan pernimpin yang lebih bijak, lebih berketrampilan dan canggih daripada yang ada sekarang. Lumrahnya cabaran masa depan lebih sengit dan gawat berbanding dengan masa kini.

8. Taufiq dan inayah Allah

Seandainya segala keperluan dan prasyarat untuk maju dan cemerlang telah dimiliki maka suatu faktor yang tidak boleh tidak mesti diperolehi oleh organisasi mahasiswa Islam ialah taufik dan inayah Ilahi. Barakah dan limpah kurnia Allah perlu ditagih dengan amalan amalan ibadah, do'a, zikir dan munajat. Hanya dengan limpahan kurnia Allah, keampunan dan restu-Nya, kecemerlangan duniawi akan mempunyai makna yang lebih diyakini. Sebab itu, organisasi mahasiswa Islam semestinya tidak lekang dengan program Qiamullail, khemah ibadah, halaqah zikir dan lain-lain.

Kesemua nilai-nilai di atas jika diadun dengan baik akan menghasilkan kecemerlangan. Apatah lagi dalam persaingan masyarakat yang serba rencam ini kualiti dan kecemerlangan mahasiswa tidak lagi merupakan satu pilihan, tetapi sudah menjadi syarat mutlak untuk survival atau meneruskan kelangsungan perjuangan. Mahasiswa tidak bergerak dalam ruang yang kosong. Mereka dilengkari oleh persekitaran yang mempengaruhi sikap, minat dan peribadi tiap-tiap individu. Justeru itu budaya gerak-kerja mahasiswa harus didasari oleh nilai akhlak dan etika pergerakan yang baik serta berkesan. Dalam hal ini jika mahasiswa terus-terusan berada di takuk lama, tanpa mahu merebut semua peluang meningkat diri secara agresif, sudah pasti mereka akan terus terpinggir.

Sunday, October 11, 2009

Bahasa Arab: Kunci Ilmu-Ilmu Islam


Bahasa Arab: Kunci Ilmu-Ilmu Islam

1.KEMULIAAN BAHASA ARAB

Sesungguhnya bahasa Arab merupakan bahasa yang dipilih oleh Allah untuk agama ini. Tidak ada seorang cerdik pun yang meragukan jikalau peranan bahasa Arab bagi ilmu-ilmu Islam itu sebagaimana peranan lisan bagi segenap anggota badan. Bahkan, tidaklah keterlaluan jika di katakan bahawa sesungguhnya kedudukan bahasa Arab itu ibarat jantung bagi tubuh manusia.
Kemuliaan bahasa Arab dirakamkan di dalam al-Quran menerusi Surah Yusuf yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami menurunkannya berupa Al Qur'an dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya." (QS. Yusuf : 2)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan,"Hal ini adalah kerana bahasa Arab merupakan bahasa yang paling fasih, bahasa yang paling luas cakupannya, dan bahasa yang paling banyak menyentuh berbagai makna yang dirasakan di dalam jiwa. Oleh sebab itulah kitab yang paling mulia ini diturunkan dengan bahasa yang paling mulia pula…"

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata,"Sesungguhnya tatkala Allah menurunkan kitab-Nya dengan bahasa Arab, Allah mengangkat Rasul-Nya sebagai penyampai Al Kitab dan Al Hikmah dari-Nya melalui lisan beliau yang berbahasa Arab, Allah menjadikan orang-orang yang terdahulu membela agama ini dalam keadaan bertutur kata dengan bahasa itu."

HUKUM MEMPELAJARINYA
Syaikhul Islam mengatakan: "Dan sesungguhnya bahasa Arab itu sebahagian dari agama dan hukum mempelajarinya adalah wajib, kerana memahami Al-Kitab dan As-Sunnah itu wajib dan keduanya tidaklah akan dapat difahami kecuali dengan memahami bahasa Arab.

KEDUDUKAN ILMU NAHU
Ilmu Nahu adalah ilmu yang sangat penting. Ini kerana segala bidang ilmu syari'at pasti memerlukannya. Oleh sebab itu para penuntut ilmu sudah semestinya bersungguh-sungguh dalam memahami kaedah bahasa Arab dan berusaha untuk tidak terjatuh dalam kekeliruan dalam penuturan kata bahasa Arab. Khalifah Rasyid 'Umar bin Khaththab radhiyallahu'anhu menulis surat untuk Abu Musa Al Asy'ari yang isinya mengatakan,"Amma ba'du. Dalamilah ilmu As Sunnah. Pelajarilah ilmu bahasa Arab. I'rablah Al Qur'an, sebab ia itu berbahasa Arab." Beliau pun berpesan,"Pelajarilah bahasa Arab karena sesungguhnya ia adalah bagian penting dari agama kalian. Pelajarilah ilmu waris, karena ia juga bagian penting dari agama kalian."
Al Ashma'i rahimahullah mengatakan,"Sesungguhnya perkara yang paling aku khuatirkan menimpa penuntut ilmu tatkala dia tidak faham Nahu maka dia akan tergolong di dalam kelompok orang yang disabdakan oleh Rasul s.a.w :

"Barangsiapa yang sengaja berdusta atas namaku maka hendaknya dia mempersiapkan tempat duduknya di dalam neraka." (HR. Bukhari [108] dan Muslim [1/10])

Maka tidaklah menghairankan apabila Imam Syafi'i rahimahullah mengatakan tentang keagungan ilmu Nahu ini,

Beliau juga pernah mengatakan,
"Tidaklah ada sebuah pertanyaan masalah hukum yang dilontarkan kepadaku melainkan aku boleh menjawabnya dengan bantuan kaedah ilmu Nahu. Beliau menegaskan bahwa ilmu Nahu adalah jambatan untuk memahami ajaran syari'at.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin rahimahullah mengatakan, "Sesungguhnya ilmu Nahu adalah ilmu yang mulia. Sebuah ilmu perantaraan kepada dua hal yang sangat penting;

Pertama : jambatan untuk memahami Kitabullah dan Sunnah Rasul-Nya.

Kedua : membenarkan ucapan menurut kaedah bahasa Arab, dengan bahasa inilah Kalamullah 'Azza wa jalla diturunkan.

Oleh sebab itu pemahaman ilmu Nahu adalah perkara yang sangat penting. Meskipun untuk memahami Nahu memang pada awalnya terasa sukar, namun pada akhirnya akan terasa mudah. Ada sebagian orang yang membuat perumpamaan tentang ilmu Nahu ibarat sebuah rumah yang dibina dari buluh namun pintunya dibuat dari besi. Maksudnya, rumah itu sukat untuk dimasuki, namun jika sudah dimasuki maka segala sesuatu akan menjadi mudah.

MENJAGA KEIKHLASAN

Syaikh Muhammad bin Shalih Al 'Utsaimin rahimahullah pernah ditanya : Dengan cara apakah dapat diperoleh keikhlasan dalam menuntut ilmu ? Beliau menjawab : Ikhlas dalam menuntut ilmu itu boleh dicapai dengan beberapa hal :

Pertama : Dalam belajar engkau berniat demi melaksanakan perintah Allah.

Kedua : Dalam belajar engkau berniat demi menjaga syari'at Allah. Kerana penjagaan syari'at Allah itu hanya boleh dilakukan dengan mempelajari dan menghafalnya di dalam dada

Ketiga : Dalam belajar engkau berniat untuk melindungi syari'at dan membelanya. Kerana seandainya tidak ada ulama nescaya syari'at tidak akan terjaga. Dan tidak ada seorang pun yang menjadi pembelanya

Keempat : Dengan belajar itu engkau berniat mengikuti syari'at Muhammad s.w.t. Kerana engkau tidak boleh mengikuti syari'at baginda kecuali apabila engkau sudah mengetahui isi syari'at ini.

Kelima : Dengan belajar engkau berniat menghilangkan kebodohan yang ada padamu dan orang lain

BELAJAR DENGAN SABAR

Syaikh Shalih bin Abdul 'Aziz Alu Syaikh menasihatkan,"Dalam menuntut ilmu ada dasar-dasar ilmu yang harus dipelajari. Ilmu itu juga bertingkat-tingkat. Barangsiapa yang tidak menuntut ilmu sesuai dengan tingkatan-tingkatannya serta tidak memulainya dengan ilmu-ilmu yang dasar-dasar, maka sesungguhnya dia tidak akan dapat meraih hasilnya dengan baik. Perkara ini sering sekali diingatkan supaya ia tertanam kuat di dalam hati para penuntut dan pecinta ilmu, bahawa sesungguhnya ilmu itu seharusnya dituntut sedikit demi sedikit dan berjalan terus beriringan dengan perjalanan waktu siang dan malam.

Sebagaimana kata Ibn Syihab Az Zuhri, "Barangsiapa yang menginginkan segudang ilmu secara sekaligus maka nescaya ilmu itu akan hilang darinya juga secara tiba-tiba. Kerana sesungguhnya ilmu harus ditimba (sedikit demi sedikit) seiring dengan perjalanan waktu siang dan malam."

Saturday, October 10, 2009

paNduaN peNdidikaN aNak-aNak


Panduan Pendidikan Anak Di Rumah

Nilai Anak Kepada Ibu Bapa


Anak-anak merupakan anugerah serta rezeki kurniaan Allah kepada pasangan suami isteri yang secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Fitrah ini wujud dikalangan muslim mahupun bukan muslim. Walaupun begitu, ibu bapa muslim sangat di tuntut untuk mengetahui dan memahami nilai kurniaan ilahi ini (anak anak) kerana ketidakfahaman dalam perkara ini akan menyebabkan ibu bapa tidak dapat melaksanakan peranan dan tangungjawab ke atas anak-anak malah mungkin mereka tidak memberikan hak-hak asas anak, misalnya kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya.

Menurut Akhlaq Hussain "anak-anak yang soleh menjadi sumber ibu-bapa mendapatkan ganjaran di dunia dan di akhirat."

Oleh yang demikian pendidikan anak-anak supaya menjadi muslim soleh adalah satu tanggungjawab deeniyyah, tetapi kegagalan dalam mendidik mereka juga akan membawa akibat yang berat di akhirat, sepertimana yang terdapat di dalam Al-Quran:

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan"( Surah at Tahrim : 6 )


Anak-Anak Adalah Generasi Pewaris


Disamping anak-anak perlu dididik dan dibentuk menjadi anak-anak yang soleh, anak-anak juga perlu di proses dengan rapi supaya mereka bersedia untuk memikul tanggungjawab dakwah dan jihad. Anak anak kita adalah pewaris perjuangan yang sedang kita laksanakan hari ini dan mereka di pertanggungjawabkan untuk meneruskan perjuangn suci ini dengan lebih berkesan kerana kesedaran yang telah ada di dalam hati kita. Di atas hajat ini juga Allah menyebutkan doa nabi Zakaria :

"Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeniggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia, Ya Tuhanku seorang yang diredhai"
( Surah Maryam : 5-6 )


Sistem Pendidikan Yang Sedang Berjalan.


Kita sudahpun maklumi bahawa sistem yang berjalan, yang menguasai kehidupan kita adalah sistem bukan Islam. Sistem ini telah lama di ambil untuk menggantikan Islam sebagai sistem hidup. Sistem ini menguasai segala aspek kehidupan kita dan meninggalkan kesan yang mendalam ke atas jiwa dan syakhsiah kita. Sistem yang tiada sebarang hubungkaitnya dengan aqidah dan keimanan kita. Sistem ini terlalu asing bagi kita kerana ia tidak tumbuh seperti aqidah Islam. Oleh itu sistem pendidikan yang dibangunkan dari sistem ini sudah pasti bukan sistem pendidikan yang boleh menyampaikan kita kepada matlamat Islam. Walaupun Islam di ajarkan sebagai sebahagian dari sistem pendidikan ini tetapi untuk menghasilkan natijah yang dikehendaki oleh sistem ini bukan natijah sistem Islam. Sekiranya anak-anak kita hanya menerima pendidikan mereka dari sistem ini semata mata ataupun dilengkapi atau disempurnakan dengan ajaran-ajaran Islam sudah boleh ditentukan bahawa anak-anak ini tidak mungkin dapat menjadi muslim yag sebenarnya dan tidak akan mampu (mungkin tidak mahu) untuk memikul tanggungjawab dakwah. Banyak unsur-unsur yang terdapat di dalam sistem pendidikan sekular ini bukan sekadar tidak dapat membentuk keimanan mereka dan menyuburkannya sebaliknya unsur-unsur ini akan memudharatkan keimanan mereka, apa yang di ajar banyak menimbulkan keraguan bukannya keyakinan di dalam hati anak-anak kita yang akan menjadikan mereka muslim yang keliru ataupun yang paling baik natijahnya ialah muslim yang tidak memahami serta menghayati Islam dalam bentuknya yang asli,yang syamil dan kamil serta mutawazzin.

Hakikat Dan Sifat Deen Islam.


Sebelum kita membicarakan dengan lebih lanjut tentang pendidikan Islam yang merupakan pendidikan yang hakiki ,adalah lebih wajar untuk kita lebih memahami hakikat dan sifat deen ini. Islam adalah ciptaan Allah swt dan didatangkan dari Allah SWT kepada hambanya melalui Rasullullah SAW . Islam diturunkan dengan lengkap dan sempurna dan telah direalisasikan kesempurnaannya serta dihayati oleh Rasullullah dan generasi yang pertama, samaada penghayatan di dalam kehidupan individu mahupum kehidupan berjemaah.

Sekiranya kesempurnaan Islam dan hakikat menyeluruhnya diyakini tanpa sebarang ragu-ragu dan was-was ,maka dimanakah ruang untuk sesiapa menokok tambah atau mengurangkan walaupun satu juzuk dariada deen Allah ini? Oleh itu apakah logiknya masyarakat Islam muttakhir ini meminjam berbagai sistem utuk kehidupannya. Lebih-lebih lagi sistem pendidikan yang merpakan acuan generasi yang akan datang sedangkan dalam sistem pendidikan yang terbukti mampu menghasilkan natijah yang dihajati.


Pendidikan Islam : Penjelamaan Kesempurnaan dan Penyeluruhan Deen Islam.


Pendidikan Islam yang bercorak masyarakat bukanlah sistem pendidikan yang berasakan sesuatu yang asing daripada Islam. yang diimport dari barat, yang telah disempurnakan dengan memasukkan beberapa unsur Islam ke dalamnya (kerana sebagi contohnya sistem yang ada ini ketandusan aspek-aspek rohani mahupun akhlak)

Suatu sistem pendidikan itu hanya dapat di anggap sebagai sistem pendidikan islam apabila segala prinsip, kepercayaan, serta kandunganya berasaskan sistem Islam. Pendidikan Islam yang terdapat di dalam Al quran adalah pendidikan yang menyeluruh." Yang tidak terbatas kepada masjid atau institusi pendidikan sahaja,tidak terbatas kepada ibadat dan melupakan tingkahlaku atau memberatkan individu dan melupakan amal tetapi meliputi segala aspek manusia dan bergerak dalam segala bidang kehidupan.


Pengertian Dan Matlamat Pendidikan Islam.


Matlamat pendidikan Islam yang utama ialah untuk membawa manusia mengenali Rabb nya seperti yang dinyatakan oleh Allah SWT di dalam AL Quran dan diajarkan oleh Rasullullah sehingga melahirkan Pengabdian sepenuhnya hanyasanya kepada Allah semata mata ,melaksanakan segala yang diperintahkan dan berusaha mencegah dan meninggalkan segala yang dilarang dengan penuh redha.


Dasar Pendidikan Islam


Al-Quran adalah asas pendidikan Islam dan teras sistem pendidikan anak-anak ini adalah hakikat Tauhid Allah di dalam jiwa anak-anak. Di dalam al quran dan sunah Rasullullah terdapat metodologi untuk mendidik manusia dan telah terbukti keberkesanan metodologi itu di dalam kehidupan generasi awal. Ini adalah kerana jiwa manusia itu umpama satu peti yang berkunci rapat. Memahami jiwa ini adalah rahsia kejayaan mendidik manusia kerana pendidikan yang berbicara membawa perubahan yang menyeluruh dalam dirinya adalah pendidikan yang berbicara dengan jiwa ini. Hanya pendidikan Islam sahaja mempunyai metodologi yang terdapat di dalam Al quran yang mampu merawat jiwa ini.

Ibnu Khaldun telah mengingatkan kita bahawa di dalam al quran itu terdapat asas asas semua pengajaran pada segala dasar pendidikan di rantau negara negara islam ,kerana ia adalah syiar deen yang membawa kepada ketetapan aqidah dan kemantapan iman.


Pendidikan Keimanan Sebagai Asas Pendidikan Anak-Anak.


Pendidikan keimanan bermaksud "memperkenalkan anak-anak sejak dari ianya beraqal dengan unsur unsur keimanan ,membiasakannya dengan Rukun-rukun Islam serta mendidiknya Prinsip prinsip syarat yang mulia sejak dari usia tamyiz lagi".

Apa yang dimaksudkan dengan unsur-unsur keimanan ialah semua yang telah sabit kebenarannya daripada berita-berita dan hakikat-hakikat keimanan dan perkara perkara yang ghaib seperti beriman kepada Allah, Malaikatnya, kitab-kitabnya yang telah diturunkan daripada langit, beriman dengan para rasul dan dengan semua rukun-rukun iman yang lain.


Alam Sebagai Kitab Terbuka


Oleh yang demikian pendidikan anak-anak di peringkat paling awal ialah untuk membina serta mengukuhkan keimanannya. Ini dapat dilakukan dengan mendekatkan anak-anak dengan alam yang terbentang luas yang merupakan Kitab yang terbuka untuk kita mengenalkan anak anak kita kepada penciptanya. Pendekatan ini bukanlah satu pendekatan yang baru kerana sekiranya kita membuka dan mengkaji Al quran terutama sekali surah surah makiyyah kita akan dapati bahawa Allah Swt telah memperkenalkan Dirinya dengan mengalihkan pandangan manusia dari memandang kepada kehidupan ini dengan hati yang kosong, kepada memandang alam sekelilingnya dengan penuh kekaguman sehingga membuahkan penyerahan dan pengabdian yang total kepada Allah Rabbul alamin.

Kita pada hari ni bukan sahaja dapat mendedahkan anak-anak kita kepada yang ada disekeliling mereka ,tetapi dengan bantuan alat-alat audio visual yang canggih kita dapat mempamerkan kepada mereka kehebatan kuasa Allah sebagai Pencipta Pentadbir dan Penguasa alam ini.

Oleh itu apa yang perlu adalah perancangan kreatif kita untuk meransang setiap falkuti anak-anak kita dalam menanamkan hakikat Tauhid tanpa menjemukan mereka di dalam proses pendidikan mereka.terutama sekali pendidikan keimanan.


Masalah Perlaksanaan Pendidikan Jangka Pendek.


Permasalahan anak-anak telah memasuki satu fasa yang baru apabila ibu bapa di dalam keghairahan menyediakan anak-anak untuk memasuki alam pendidikan telah terperangkap di dalam pendekatan yang dianggap Islamik tetapi pada pandangan syara¿ tidak memenuhi sepenuhnya hakikat pendidikan Islam.

Pada akhir-akhir ini kita banyak ibu bapa mahupun institusi pendidikan anak-anak mendidik anak-anak dengan mengasaskan pendekatan yang diilhamkan di dunia barat. Walaupun sebahagian dari pendekatan ini telah diubahsuaikan di mana yang perlu, tetapi pada dasarnya pendekatan ini tetap bukannya sistem Islam. Sekiranya kita menganalisa sistem-sistem pendidikan ini kita akan sampai ke satu kesimpulan bahawa seluruh sistem pendidikan ini tiada hubungkaitnya dengan hakikat Rabbaniyyah . Sistem-sistem ini dari falsafahnya, objektifnya mahupun natijahnya yang diharapkan adalah sangat berbeza dengan hakikat pendidikan pendidikan di dalam tasawwur Islam. Sistem pendidikan dari barat ini mungkin mampu untuk menghasilkan anak-anak yang pintar cerdas dam merealisasikan potensi aqli dan jasmani mereka dan ini sememangnya matlamat pendidikan mereka. Walaupun penekanan moral diberikan ruang di dalam sistem ini tetapi sistem moral bukan Islam sudah pasti tidak mampu menghasilkan sistem moral Islam. Walaupun kita berusaha menempelkan kekurangannya dengan menggabungkan unsur-unsur Islam di dalamnya.

Ulama' Iqbal pernah mencatatkan bahawa sistem pendidikan barat mampu membawa anak-anak kita mengagumi dan mempelajari kemajuan dan teknologi ,tetapi ia tidak mampu untuk mendidik hati merka supaya takut hanya kepada Penciptanya.

Disana terdapat satu jurang perbezaan yang besar diantara mengambil atau meniru kaedah pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil pendekatan tokoh tokonh dari barat dengan mengambil istem pendidikannya. Saya berpendapat bahawa untuk kita memanfaatkan kajian-kajian yang telah dijalankan oleh sesiapapun mengenai kaedah-kaedah pendidikan atau teknik-teknik menguasai sesuatu kemahiran yang berkesan merupakan satu yang sangat baik. Ini berdasarkan Hadis Rasulullah SAW :

(bermaksud ) "Hikmah itu barang mukmin yang tercicir,barang siapa yang menjumpainya maka dialah yang berhak ke atasnya."

Oleh itu kajian-kajian mereka ini boleh dan sewajarnya kita manfaatkan terutama sekali di dalam bidang kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya. Begitu juga di dalam kajian mereka mengenai teknik berfikir dan pembangunan jasmani. Apa yan dibimbangkan ialah kita mengambil keseluruhan sistem pendidikan yang mereka kemukakan kerana ini adalah suatu yang merosakkan. Ini adalah kerana matlamat dan falsafah pendidikan mereka tidak berasaskan tauhid dan keimanan. Ini hanya yang menghasilkan anak-anak yang pintar tetapi jiwa mereka tetap kosong, yang lebih membimbangkan ialah lahir nya tasawur yang terpisah diantara aspek kerohanian dan moral dengan aspek-aspek pendidikan yang lain. Pendekatan golongan Muslim yang ikhlas yang berpegang kepada sistem barat tetapi mereka menyedari kekurangan sistem ini dan cuba untuk memperbaiki keadaan ini dengan memasukkan unsur-unsur Islam juga tidak banyak membantu malah akan lebih mengelirukan masyarakat Islam. Langkah langkah ini tidak jauh bezanya dengan pendekatan pendidikan sekular hari ini.

Pelaksanaan pendidikan Islam juga menghadapi cabaran yang tidak kurang besar iaitu ketiadaan suasana dan contoh teladan yang boleh menyuburkan proses pendidikan tersebut. Ini adalah kerana para ibu bapa sendiri tidak pernah melalui proses pendidikan Islam yang sebenarnya dengan berkesan. Oleh itu ibubapa sewajarnya lebih serius untuk melalui tarbiyyah diri supaya pendidikan yang paling berkesan kepada anak-anak ,iaitu qudwah hasanah yang hidup dapat berjalan setiap masa dalam kehidupan anak-anak kita.


peRkEmbaNgan MazhAB daLam IslaM

Agama Islam diutus oleh Allah S.W.T. kepada seluruh umat manusia di muka bumi ini. Sumber atau pokok ajarannya ialah Al-Quran AlKarim, iaitu sebuah kitab yang tidak ada sedikit pun kebatilan dan kepalsuan di dalamnya, yang diturunkan oleh Allah dari langit. Firman Allah yang bermaksud:

" Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) , ia pula menjadi pentunjuk bagi orang-orang ( hendak ) bertakwa."
(Al-Baqarah : 2)

Al-Quran adalah sebuah kitab yang mengandungi aqidah (kepercayaan) dan Syariah (undang-undang). Ia membicarakan tentang amal ibadah dan juga membicarakan tentang perlembagaan atau sistem hidup duniawi, seperti undang-undang keluarga, hukum jual-beli, peraturan perbicaraan harian, hukum-hukum yang berhubung dengan jenayah dan balasannya, dan juga sistem perhubungan antara satu sama lain serta perhubungan antarabangsa.

Al-Hadith

Di samping Al-Quran sebagai sumber pertama bagi segala hukum-hakam, terdapat pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. yang merupakan sebagai penghurai dan penafsir dari Al-Quran. Tiap-tiap bab atau fasal hukum fiqh, yang di dapati hadith-hadith yang menerangkan apa-apa yang perlu diterangkan dan dijelaskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan kami pula turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Al-Quran yang memberi peringatan, supaya engkau menerangkan kepada manusia akan apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya."
(An-Nahl : 44)

Rasulullah menerangkan ajaran-ajaran Islam kepada manusia dengan perkataan-perkataan, perbuatan-perbuatan dan perakuan-perakuan.
Di zaman Rasulullah manakala orang-orang Islam menghadapi sesuatu masalah tentang hukum-hukum, mereka terus menemui Rasulullah dan bertanya kepada junjungan apa yang dimusykilkan. Rasulullah menjawab pertanyaan mereka dengan wahyu yang diturunkan kepada junjungan. Firman tuhan yang bermaksud :

"Dan dia (Muhammad) tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. Segala yang diperkatakan itu (samada Al-Quran atau Hadith) tidak lain melainkan wahi yang diwahyukan kepadanya."
(An-Najm : 2-3)


Al-Ijtihad


Rasulullah S.A.W. mengajar sahabat-sahabatnya perkara-perkara yang berhubung dengan agama. Mereka adalah orang yang baik penerimaan, halus fahaman, benar, jujur dan ikhlas. Dari itu maka segala percakapan dan perbuatan mereka boleh diterima dan dibuat pedoman. Rasulullah membenarkan mereka berijtihad, jika tidak ada nas atau hukum dari Al-Quran dan hadith-hadith. Dengan syarat tidak terkeluar dari prinsip-prinsip atau peraturan-peraturan agama yang telah ditetapkan.


Kebenaran dan Permulaan Ijtihad


Rasulullah telah mengutuskan sahabatnya yang bernama Muaz Bin Jabal ke negeri Yaman sebagai pendakwah, juga sebagai kadi. Sebelum pemergiannya, Rasulullah telah menemuduganya dengan sabdanya :

"Wahai Muaz, bagaimanakah engkau menyelesaikan sesuatu masalah, jika engkau ditanya orang?" Jawab Muaz ,"Aku akan menghukum dengan hukuman yang didapati di dalam kitab Al-Quran." Tanya Rasulullah lagi; "Jika tidak ada hukuman dalam Al-Quran?" Kata Muaz; "Aku akan hukum dengan sunnah Rasulullah(Al-Hadith). "Rasulullah bersabda lagi : "Jika sekiranya tidak ada dalam hadith?", Jawabnya; "Aku akan berijtihad." Kemudian Rasulullah S.A.W. menepuk-nepuk dada Muaz sambil bersabda : "Segala puji bagi Allah yang telah memberi petunjuk kepada utusan Rasulullah ( Muaz ) denagn perkara yang diredhai oleh Allah dan Rasulnya."
(Riwayat Imam Ahmad & Tirmidzi)

Inilah pengakuan Rasulullah mengenai ijtihad.

Mengenai penerimaan tuhan dengan hasil ijtihad, jelas dalam sabdanya yang bermaksud :

"Barangsiapa berijtihad dan betul ijtihad maka ia memperolehi dua pahala. Dan barangsiapa berijtihad dan salah ijtihadnya, maka ia dapat satu pahalanya sahaja".


Perlunya Kepada Ijtihad


Manakala kehidupan manusia semakin hari semakin luas dan bercabang-cabang, dan manusia sendiri bertambah-tambah ramai dari semasa ke semasa, maka bidang ilmu fiqh dengan sendirinya menjadi luas, kehidupan orang-orang Islam semakin maju. Ajaran-ajaran Islam telah tersebar luas ke seluruh dunia. Maka banyaklah peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian yang berlaku, sedangkan nas-nas hukum dari Al-Quran dan hadith-hadith nabi ada masa dan batas-batasnya. Tetapi peristiwa-peristiwa dan kejadian-kejadian tetap berkembang dengan luasnya tanpa berhenti-henti. Justeru itu maka tidak dapat tidak, perlu adanya perbincangan hukum dan ijtihad.


Di Zaman Khulafa Ar-Rasyiddin


Di zaman khulafa Ar-Rasyiddin telah zahir perkara-perkara perumpamaan ijtihad. Di antara mereka yang telah tampil kemuka dalam konteks ini, ialah Saidina Umar Al-Khattab, dan masa inilah bidang ilmu fiqh telah menonjol beberapa langkah maju ke hadapan.

Tiap-tiap sahabat nabi mengambil kesimpulan dari Al-Quran dan hadith sekadar yang mereka dapat, dan memberitahu kepada orang lain pendapat-pendapat mereka. Dari itu perjalanan ilmu fiqh terus maju kehadapan lagi.

Di antara sahabat-sahabat nabi yang berijtihad di Madinah : Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali, Abdullah Bin Umar, Zaid Bin Tsabit, Ubai Bin Kaab, Abu Musa As-Asyari dan lain-lain. Sementara di Mekah pula : Abdullah Bin Abbas. Di Kufah : Abdullah Bin Utbah. Di Mesir : Abdullah Bin Umar Al-Aash dan lain-lain.
Pepecahan mereka di beberapa negeri adalah diibaratkan bintang-bintang yang bertaburan di langit, dan mereka adalah menjadi ikutan umat Islam kerana sifat-sifat mulia dan peribadi yang tinggi yang dimiliki oleh mereka. Pengiktirafan Rasulullah S.A.W. terhadap mereka adalah jelas dan tegas. Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :

"Sahabat-sahabatku adalah laksana bintang-bintang di langit, siapa dari mereka yang kamu ikut nescaya kamu dapat petunjuk"

Ilmu fiqh di kalangan sahabat dan tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja, tetapi mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang sebab-sebab (alat) masa hendak menghukum atau memberi fatwa.

Perundangan Terus Berkembang :


Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. ada mempunyai ramai murid-murid yang belajar dari mereka. Murid-murid itu digelar tabiin kerana mereka tidak sempat bertemu dengan Rasulullah, tetapi cuma berjumpa dengan sahabat-sahabat nabi sahaja, mereka mengikut ajaran-ajaran Rasulullah dan jalan-jalan sahabat nabi. Apa yang jelas bahawasanya perpindahan tabiin ke seluruh negeri dan bandar-bandar pada masa itu menyebabkan ramai menghadapi bermacam-macam peristiwa dan kejadian yang belum dilalui oleh sahabat-sahabat sebelumnya. Maka sudah menjadi kewajipan kepada mereka mencari, membahas dan mengkaji hukum-hukum untuk menghadapi peristiwa itu. Maka dengan itu bertambah luaslah lagi bidang ilmu fiqh.


Patut disebut bahawa ilmu fiqh sahabat-sahabat para tabiin tidak beku dengan berpegang kepada lafaz-lafaz nas sahaja, tetapi ia mengambil kira sama tentang hukum-hukum untuk menimbang akan sebab-sebab (ilah) masa hendak menghukum itu atau untuk memberi fatwa. Sebagaimana yang jelas diketahui, bahawa pendapat mereka bermacam-macam dan berlainan. Ini disebabkan berlainan tempat dan kedudukan negeri masing-masing. Disamping berlebih kurang tentang memahami maksud ayat-ayat Al-Quran dan hadith-hadith nabi. Oleh demikian terhasilah berlainan pendapat di antara satu dengan yang lain maka inilah yang dinamakan mazhab.

Di antara tabiin yang berijtihad diwaktu itu ialah : Said Al-Musayyab dan Abdullah bin Umar di Madinah. Yahya bin Said, Rabiah bin Abdul Rahman, Atha bin Rabah di Mekah. Hassan Al-Basri di Basrah, Thowas bin Kasan di Yaman, Makhul di Syam.


Di Zaman Umar bin Abdul Aziz.


Pada tahun 100 Hijrah di zaman pemerintahan Umar bin Abdul Aziz, beliau telah menghantar ulama dan fuqaha ke seluruh negera.
Selanjutnya kerajaan Bani Umayyah telah hilang, timbul pula kerajaan bani Abasiyah, disamping itu timbul pula pertelingkahan di antara orang-orang Alawiyyin dengan orang-orang Abasiyyin. Dan pertelingkahan di antara Syiah dan Khawarij. Turut berlaku pada masa itu penyambungan di antara pemikiran orang Arab dan Yunani (Grik Tua), iaitu sebagai natijah dari terjemahan dan pemindahan ilmu pengetahuan. Di masa itu juga mula disusun sunnah-sunnah nabi, fatwa-fatwa dan pendapat ulama. Dan ilmu fiqh di waktu itu telah masyhur ke seluruh pelusuk negeri dan ramailah orang yang mengikutnya dan beramal dengannya, sebagai natijahnya terdirilah beberapa golongan atau pengikut fuqaha.

Di zaman inilah nama imam-imam empat serangkai telah muncul dan temasyhur. Mereka adalah diumpamakan bulan purnama yang dikelilingi oleh bintang-bintang yang berselerak di sekelilingnya.


Al-Ijma dan Al-Qiyas.


Al-Quran dan Al-Hadith adalah sumber asasi bagi ilmu fiqh Islam, yang mana pada permulaannya ialah di zaman Rasulullah S.A.W. , sumber-sumber ini bertambah mengikut peredaran masa dan bidang luas ilmu fiqh.
Selain daripada Al-Quran dan Al-Hadith ialah pendapat Rasulullah S.A.W. yang sama dinamakan ijma. Maksud dengan ijma ialah persetujuan atau permuafakatan ulama di atas satu perkara atau hukum yang tidak ada nas dari Al-Quran dan Al-Hadith pada satu-satu masa.

Di sana terdapat juga "Al-Qiyas" kerana bahawasanya hukum syara pada gholibnya mempunyai beberapa ilah atau sebab-sebab yang boleh diketahui, apabila terdapat hukum yang dinaskan, maka bolehlah dipindahkan hukum itu kepada perkara yang tidak ada nas jika terdapat sama ilahnya. Seperti wajib zakat pada padi adalah diqiyaskan daripada gandum, kerana terdapat sama pada ilatnya, iaitu mengeyangkan dan tahan disimpan.


Maka dapat dibuat kesimpulan, bahawasanya Al-Quran, Al-Hadith, Al-Ijma dan Al-Qiyas merupakan sumber-sumber hukum yang terus hidup subur dan menjadi perbendaharaan yang besar yang membuka luas pintu-pintu bidang ilmu fiqh Islam, ia menambah perbendaharaan, kekuatan dalam hukum-hukum Islam.